
Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.
Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting.
Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa.
Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.
Strok tidak terjadi tanpa amaran. Selalunya, ada tanda-tanda amaran.
Dengan mengenali tanda-tanda ini dan mengambil tindakan segera untuk mendapatkan bantuan perubatan, anda boleh mengelakkan strok yang mendatang atau mengurangkan kesannya.
Gejala-gejala utamanya adalah :
1. Merasa kebas mengejut di sebelah bahagian badan. Tanda-tanda ini mungkin muka yang meluyut, merasa lemah pada tangan atau kaki.
2. Kekaburan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba
3. Kesukaran bertutur atau memahami pertuturan, atau pertuturan yang tidak jelas.
4. Pening, kehilangan imbangan badan ketika berjalan,
5. Sakit kepala yang teruk yang mengejut
6. Rasa mual atau muntah.
Cadangan untuk anda yang mengalami perkara seperti di atas :
????Lebihkan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti buah dan sayuran.
????Memeriksa tekanan darah secara berterusan.
????Mengekalkan berat badan yang ideal kerana obesiti adalah salah satu penyebab kepada penyakit strok.
????Amalkan Jus Terapi Saraf pagi dan petang sebelum makan.
????Aktif dalam melakukan aktiviti fizikal iaitu sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Contohnya : brisk walk, Tai Chi, senaman regangan dan senaman aktif.
InsyaAllah.. Dengan izin Allah SWT kita usaha
Hal itu dijelaskan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “…Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 37)
Istilah rezeki perlu difahami dalam konteks yang luas. Rezeki bukan hanya merujuk kepada wang ringgit, sebaliknya rezeki mencukupi pelbagai perkara seperti kesihatan, makan, minum, zuriat, pekerjaan, masa lapang, kesejahteraan.
Justeru, setiap muslim perlu menyedari hakikat rezeki yang diterima datangnya daripada Allah SWT. Tidak ada satu bentuk rezeki yang tidak termasuk dalam kurniaan Allah SWT.
Memang benar, kita berusaha untuk mendapatkan rezeki, namun usaha itu bergantung sepenuhnya kepada ketentuan Allah SWT.
#UbahMinda
#JusTerapiSaraf
#MuslimProduct