
Salam Jumaat kepada anda semua. Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera.
Mungkin ramai daripada anda sudah tahu bahawa hari Jumaat merupakan hari yang digelar sebagai Saiyyidul Ayyam atau penghulu bagi segala hari.
Ia merupakan panggilan istimewa yang diberikan kepada hari Jumaat kerana terdapat pelbagai keberkatan dalam hari Jumaat. Lebih istimewa terdapat pelbagai amalan sunat yang boleh kita lakukan pada hari tersebut.
Mungkin anda sudah sedia maklum sesetengah perkara di bawah namun anggaplah ini sebagai perkongsian kami di Jus Terapi Saraf, untuk kita sama-sama ingat demi kesejahteraan hidup.
Nabi SAW bersabda bermaksud :
“Dan barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka ia telah mencintaiku.
Dan barangsiapa yang telah mencintaiku,
maka aku bersamanya di syurga.”
[HR at-Tirmidzi, no. 2678]
#Justerapisaraf
#MuslimProduct