• Main
  • News

Fadhilat Ayat Al Kursi Ayat 255 Dari Surah

Fadhilat Ayat Al Kursi Ayat 255 Dari Surah

FADHILAT AYAT AL KURSI

Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai ‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar Penghulu Segala Ayat Al-Quran.

Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksud tempat Duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat. Iaitu syiar atas kebesaran Allah SWT yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Sesiapa membaca Al-Kursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.

Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya:

1.Allah SWT mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.

2.Allah SWT akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.

3.Terselamat dari kecurian, kebakaran dan mengurniakan keselamatan kepadanya serta jiran- jirannya.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk Allah SWT, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Allah SWT.


Daripada Abi Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda:


مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. [Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532)] [Riwayat al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (9848)][Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban]

Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan kekuatan dalam mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW dalam kehidupan seharian kita. Ameen.

#justerapisarafalfurqon #muslimproduct