• Main
  • News

Nabi Muhammad S A W Bersabda Jauhilah Tujuh

Nabi Muhammad S A W Bersabda Jauhilah Tujuh

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:”Jauhilah tujuh perkara besar yang merosak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, iaitu:

1.Menyekutukan Allah (syirik).
2.Sihir.
3.Membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak.
4.Makan harta riba.
5.Makan harta anak yatim.
6.Lari dari peperangan.
7.Menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebahagian ahli fiqih menganggap bahawa sihir itu bererti kufur , atau membawa kepada kufur , justeru itu kepada mereka – mereka yang teruji dengan musibah ini mohon amalkan ayat-ayat berikut untuk membatalkan sihir dan juga sebagai pendinding daripada sihir.

Disini kami dari pihak Jus Terapi Saraf ingin berkongsi amalan ayat pembatalan sihir. InsyaAllah sama2 kita Amalkan selepas solat fardhu.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

فَلَمَّاۤ اَلْقَوْا قَا لَ مُوْسٰى مَا جِئْتُمْ بِهِ ۙ السِّحْرُ ۗ اِنَّ اللّٰهَ سَيُبْطِلُهٗ ۗ اِنَّ اللّٰهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِيْنَ
fa lammaaa alqou qoola muusaa maa ji-tum bihis-sihr, innalloha sayubthiluh, innalloha laa yushlihu 'amalal-mufsidiin

"Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan."

(QS. Yunus 10: Ayat 81)

وَيُحِقُّ اللّٰهُ الْحَـقَّ بِكَلِمٰتِهٖ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُوْنَ
wa yuhiqqullohul-haqqo bikalimaatihii walau karihal-mujrimuun

""Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa"."
(QS. Yunus 10: Ayat 82)

#UbahMinda
#JusTerapiSaraf
#MuslimProduct