
Daripada definisi di atas, boleh dihuraikan 6 step sihir, iaitu:
▪︎1. Akad atau perjanjian. Ahli sihir membuat perjanjian dengan syaitan.
▪︎ 2. Penyihir. Perlu ada penyihir yang belajar ilmu sihir. Jika tiada penyihir, maka sihir tidak akan berlaku. Sihir itu juga perlu dipelajari. Sihir boleh dipelajari daripada guru, daripada buku atau daripada mimpi.
▪︎ 3. Dengan kekufuran. Bermakna sihir ada melibatkan kekufuran.
▪︎ 4. Syaitan dengan kekuatannya. Ertinya dalam sihir akan ada keterlibatan syaitan. Perjanjian akan dibuat dengan ketua jin. Selepas itu ketua jin akan mengarahkan pengikutnya untuk mengganggu si mangsa.
▪︎ 5. Untuk mendapatkan sesuatu yang masih dalam batas kemampuan. Ia bermaksud sihir itu bukanlah kekuatan tanpa batas. Ia ada batasannya.
▪︎ 6. Dengan izin atau kekuasaan Yang Maha Pencipta (iaitu Allah). Sihir tidak akan boleh berlaku tanpa takdir Allah.
Namun berkenaan step ke-6, penerangan lanjut perlu diberikan supaya tidak berlaku silap pemahaman.
Dalam ayat 102 Surah Al-Baqarah ada disebutkan bahawa sihir tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT.
"Izin Allah" ini perlu dihuraikan agar tidak keliru.
Izin Allah ada dua jenis iaitu:
1. "Izin Kauniy Qadariy". Secara ringkas disebut "izin kauniy".
2. "Izin Syar'i Diniy". Secara ringkas disebut "izin syar'i".
Izin kauniy itu juga dinamakan takdir. Izin kauniy berbeza dengan izin syar'i.
Izin syar'i adalah izin Allah yang disertai dengan cinta dan perintah Allah. Contohnya Allah memerintahkan orang untuk solat dan puasa. Allah suka kepada orang yang solat dan puasa. Orang solat dan puasa adalah kerana izin syar'i daripada Allah.
Izin kauni pula adalah takdir Allah yang tidak semestinya diredai oleh Allah. Contoh, Allah takdirkan seseorang itu bercerai namun Allah benci kepada perceraian. Allah izinkan seseorang terkena sihir namun Allah benci dan tidak meredai ilmu sihir.
Ada sebabnya berlaku izin kauni. Contoh, Allah izinkan seseorang terkena sihir. Sihir itu adalah dibenci oleh Allah. Namun Allah mengkehendaki si pesakit yang kena sihir itu mendapat pahala yang besar apabila pesakit bersabar. Allah mengizinkan pesakit ditimpa sihir sebab Allah mengkehendaki dari pesakit itu agar bersabar kerana sabar adalah sifat yang mulia.
Boleh lihat pengajaran daripada hadis Ummu Zufar, seorang wanita yang dijanjikan syurga kerana bersabar dengan sakit dirasuk jin. Hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
Izin kauniy itu manusia tiada pilihan. Jika Allah takdirkan seseorang akan sampai ajal pada sekian haribulan, maka seseorang itu tiada pilihan untuk tidak mati pada tarikh tersebut.
Namun izin syar'i pula manusia ada pilihan melakukan atau tidak melakukan. Contoh solat adalah izin syar'i. Seseorang boleh solat dan boleh juga kalau dia tidak melakukan solat (tapi dia berdosa).
Kesimpulan penting:
Yang disebutkan izin dalam ayat 102 Surah Al-Baqarah itu adalah "izin kauniy".
Step ke-6 iaitu izin kauniy adalah paling penting. Sebab sekiranya wujud 5 rukun lain dalam sihir tetapi jika tidak mendapat izin kauniy, tetap tidak akan berlaku sihir, tetap seseorang tidak akan terkena sihir.
Kesimpulannya, sihir itu tetap berada di bawah kekuasaan Allah SWT.
#JusTerapiSaraf
#MuslimProduct