• Main
  • News

Zikir Bererti Menyebut Menuturkan Mengingat Atau Mengerti Perbuatan

Zikir Bererti Menyebut Menuturkan Mengingat Atau Mengerti Perbuatan

ZIKIR bererti menyebut, menuturkan, mengingat, atau mengerti perbuatan baik.

Menurut istilah, sebagaimana disebutkan dalam Ensiklopedi Islam, zikir adalah ucapan lisan, gerakan raga mahupun getaran hati sesuai dengan cara-cara yang diajarkan agama, dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Zikir juga dimaknai sebagai upaya untuk menyingkirkan keadaan lupa dan lalai kepada Allah SWT. Caranya dengan selalu ingat kepada-Nya.

Zikir mengeluarkan seorang mukmin dari suasana lupa, untuk kemudian masuk dalam suasana musyahadan (saling menyaksikan) dengan mata hati.

Hal ini disebabkan adanya dorongan rasa cinta yang mendalam kepada Allah SWT.

Tidak kira siapa pun kita, setiap hari kita pasti diuji. Namun usah bimbang kerana Allah SWT mendedahkan rahsia ketenangan.

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ

صدق الله العظيم

"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan zikrullah (mengingati Allah SWT). Ketahuilah, dengan zikrullah itu, hati menjadi tenteram" (Surah al-Rad, ayat 28)

Ini bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah SWT sahaja hati menjadi tenteram.”

Daripada Sayyidina Abi Hurairah RA telah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang bertasbih (subhanAllah) setiap kali selesai solat sebanyak 33 kali, bertahmid (al-Hamdulillah) sebanyak 33 kali dan bertahlil (la ilaha illalah) sebanyak 33 kali jumlahnya menjadi 99 kali dan dia mengakhirkannya dengan (la ilaha illallah wahdahu la syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai 'in qadir).(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Tuhan yang maha Esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Hanya miliknya segala kekuasaan dan pujian. Dan Dialah Tuhan yang maha kuasa atas segala sesuatu).

Maka diampuni dosa-dosanya sekalipun sebanyak buih di laut."
(Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya m/s 418 juz 1)

#JusTerapiSaraf
#MuslimProduct